Buku-buku Humor Koleksi Ihik (407)

//Buku-buku Humor Koleksi Ihik (407)

Buku-buku Humor Koleksi Ihik (407)

isu vol 3

Isu Dalam Kartun Vol 3
by Zunar

Jangan ketawa, HARAM!
Sewaktu menunggang motosikal balik ke rumah, sms dari kartunis Zunar menceroboh henfon aku menyatakan “Buku iFunny Malaysia – koleksinya terbitan MalaysiaKini dan buku-buku karya kami Perak Darul Kartun serta Isu Dalam Kartun (ke semuanya vol 1-3) telah diharamkan.

Aku nampak berita kaki di Buletin Utama tv3 berita yang sama. Alasannya – Kandungan tidak sesuai, boleh mengelirukan orang awam dan boleh mengancam ketenteraman negara.
Aku tidak mahu berhujah banyak, cuma kalau korang boleh tunjukkan mana yang boleh mengganggu ketenteraman rakyat aku bersedia melihatnya.

Hey KJ!!! Sila laungkan dalam Parlimen tentang kebebasan media..

antara karya aku ialah permainan monokrony di atas..

Gedung Kartun , majalah sulung telah diharamkan September tahun lepas sekaligus memecah rekod dunia majalah kartun pertama dirampas kerajaan di cakerawala ini.

cuba lihat majalah terbaru di atas ni.

2014-08-02T02:49:31+00:00Agustus 2nd, 2014|Uncategorized|0 Comments

Leave A Comment