Buku-buku Humor Koleksi Ihik (152)

//Buku-buku Humor Koleksi Ihik (152)

Buku-buku Humor Koleksi Ihik (152)

POSTING-152

Pak Monggol & Scorpene
by Zunar

Kisah Scorpene dan Altantuya dikartunkan
KUALA LUMPUR 22 November: Kisah pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai RM7.6 bilion dan kes pembunuhan Altantuya diterjemah ke dalam buku kartun bertajuk ‘Hikayat Pak Monggol dan Scorpene’.

Buku terbaru kartunis Zunar hasil kerjasama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) itu mengandungi 32 muka surat.

Ia bagi memudahkan pemahaman orang ramai terhadap skandal yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.

“Ia bukan hanya sekadar kartun, ia diterjemah dari fakta sebenar, iaitu dari artikel akhbar, maklumat dari prosiding mahkamah di Perancis dan fakta dari inkuiri yang sedang berlangsung,” jelas Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSACH) petang tadi.

Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, buku tersebut merupakan satu lagi usaha untuk menyebarkan maklumat sebenar selain ceramah dan jelajah.

“Kita harap lebih ramai akan faham dan mengambil bahagian dalam perdebatan mengenai skandal ini,” katanya.

Pelancaran buku itu akan berlangsung pada Khamis depan di Auditorium KLSACH pada jam 8 malam.

Hasil karya tersebut akan dirasmikan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said.

Pembelian Scorpene mencuri perhatian ramai apabila Syarikat Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda, kenalan rapat Perdana Menteri menerima komisen RM570 juta daripada kerajaan Malaysia untuk urusniaga itu.

Skandal ini berhubung kait dengan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang diletup mengguna C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.

Beliau adalah penterjemah kepada Razak Baginda dalam pembelian Scorpene dan turut dikait mempunyai hubungan dengan Razak dan Najib Razak.  (Aisha Geoffrey)

By |2014-06-26T09:19:01+00:00Juni 26th, 2014|Uncategorized|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment